Posted on

Hacker Anonymous vs CyberSecurity | SKMM akan buru Penggodam?

Image

Salam 1bloggers,

Serangan Terbesar Hacker terhadap Portal Kerajaan pada tahun 2011 ini dijangka akan berterusan beberapa hari lagi. Biarpun telah diberitahu lebih awal mengenai siri serangan yang bakal dilakukan oleh Hacker yang menggelarkan diri mereka Anonymous, tetapi masih lagi gagal dihalang oleh CyberSecurity yang mewakili pihak kerajaan. Akibatnya, sebanyak 51 laman sesawang milik kerajaan telah berjaya digodam. Kerajaan juga telah mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan memburu penggodam-penggodam yang terlibat agar tindakan undang-undang yang bersesuaian dapat diambil. 

Secara positifnya, serangan kumpulan-kumpulan Hackers ini sepatutnya dilihat dengan lebih serius oleh kerajaan untuk meningkatkan Sekuriti Web laman-laman sesawang milik kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan kebocoran Maklumat dan Data penting atau Rahsia Kerajaan agar tidak terdedah. Tak perlu Kerajaan berhabis berjuta-juta Ringgit terhadap laman sesawang atau Portal milik Kerajaan jika ianya tidak senilai dengan jumlah yang dilaburkan.

Siri serangan Hacker ini sebenarnya bukan saja berlaku terhadap laman sesawang milik Kerajaan, malah tempiasnya turut terkena kepada beberapa laman-laman Blog persendirian dan beberapa laman Komuniti Blogger seperti GengBlogger. Pelakunya bukan hanya kumpulan Anonymous, malah turut disertai beberapa kumpulan Hacker yang lain seperti Dragon Force, RileksCrew, Adam Oscar Dimarco, dan beberapa nama lain.

Apa yang pasti, serangan seperti ini sedikit sebanyak dapat membuka mata pihak Kerajaan agar tidak sesuka hati menyekat kebebasan Internet yang menjadi sumber maklumat masa kini. Jika mahu juga sekatan dibuat, utamakan menyekat laman-laman Porno dan Fitnah yang lebih banyak merosakkan minda dan pemikiran anak bangsa daripada menyekat laman perkongsian Maklumat.

 

Sumber : Utusan Malaysia Online

 

p/s – Siapa yang berjaya, Hacker Anonymous vs CyberSecurity? Hacker 51 – 0 CyberSecurity ..Pengadil : SKMM ;-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s