Posted on

Gaysec Mohon Maaf Secara Rasmi Kepada Umum Dan Mangsa Keadaan Arlene Tan

Image

Seperti yang kita tahu, Hackers Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Gaysec telah melancarkan #OpsRamadhan tempoh hari terhadap pendedahan identiti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara. Tapi sayangnya, usaha mereka tersebut gagal apabila identiti yang dikatakan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara adalah milik individu lain.

 

Mungkin Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara sengaja menggunakan identiti Arlene Tan yang menjadi mangsa kekalutan ini sehingga Gaysec menjumpai identiti si Arlene Tan. Walaubagaimanapun, Arlene Tan tidak berdiam diri dan menampilkan diri di Balai Polis untuk membuat laporan Polis. Adakah dengan membuat laporan Polis ini membuktikan beliau tidak bersalah? 

Image

Tetapi, Gaysec nie gentleman, mereka telah pun memohon maaf secara rasmi kepada Arlene Tan yang dipercayai sebagai mangsa keadaan. Kalau hackers lain, mesti buat tak tahu jer. Harap-harap, Gaysec berjaya membongkar misteri Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sebenarnya pada Operasi 3 lepas ini… Kita baca kenyataan mohon maaf dari Gaysec kepada umum dan Arlene Tan…

 

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya. Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.

Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami. Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya? kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang. Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini.

Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan. Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :) .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s