Posted on

Sistem UMNO diceroboh , data semua ahli dicuri

Image

Salam sejahtera , agak lama RC tidak menulis artikel . Nak buat ayat pun dah susah.. Nasib baik la RC sekarang mempunyai beberapa penulis tambahan. Ok la kita teruskan dengan artikel kali ini yang boleh RC labelkan sebagai PANAS. Ye lah dengan sekarang ahli-ahli politik sibuk dengan ceramah dan manifesto tambahan , mungkin bahang PilihanRaya Umum kian terasa. RC pun belum cukup umur nak mengundi.. Artikel kali ini berkaitan sistem salah satu parti politik utama negara Malaysia tercinta ini iaitu UMNO yang merupakan komponen penting dalam Barisan Nasional.

Terbaru RC menerima satu maklumat melalui email yang menjerumus kepada penulisan artikel ini. Menurut pelapor yang ingin dikenali sebagai politikus , beliau berjaya menceroboh sistem yang digunakan pihak UMNO yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia ini. Tambahnya lagi , aktiviti pencerobohan ini dilakukan bukan untuk menyatakan yang dirinya penyokong tegar pihak pembangkang.
Image
difahamkan melalui email , data yang berjaya diceroboh bersaiz lebih 30GB telah dimuatturun dan turut diisi dengan maklumat ahli UMNO itu sendiri. Hasil tilikan melalui fungsi zum meyakinkan lagi fahaman RC bahawa maklumat kesemua ahli UMNO termasuk Presidennya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ( Perdana Menteri Malaysia ) turut berada dalam sistem tersebut.Disamping beberapa keping gambar , turut diselitkan ialah config file bagi keseluruhan sistem. RC yang kurang berpengetahuan dengan jenis config tersebut cuba buat-buat faham dengan beberapa maklumat iaitu beberapa nama PC dan Printer yang terdapat dalam pejabat tersebut. Mungkin Politikus ingin menggambarkan bahawa beliau telah berjaya menguasai keseluruhan sistem di pejabat tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s