Posted on

Cara Paling Ideal Untuk Mengelakkan Facebook Kena Hack

Salam. Pada zaman teknologi maklumat ini, aku selalu tengok kawan-kawan aku, para blogger mahupun sesiapa yang facebooknya kena hacked. Masing-masing mesti risau andai facebook kena hacked. Aku sendiri risau kalau facebook aku kena hacked. Jadi aku ada cara yang ideal untuk mengelakkan facebook daripada kena hacked.

 Image

 Cara yang paling ideal untuk mengelakkan facebook kena hacked ialah korang buang sahaja facebook korang itu. Apabila korang dah buang facebook korang itu, maklumat korang semua selamat la. Jadi korang tidak perlu risau la sebab korang dah tiada facebook.
 
     Jika korang sayang nak buang facebook tu sebab facebook tu tempat korang nak ping entry korang, korang gunakan facebook tu sebagai tempat untuk ping blog korang sahaja. Jangan letak maklumat diri, gambar dan sebagainya. Jadi andai korang kena hacked, korang tak perlu risau sangat kerana facebook korang tu hanya ada maklumat tentang blog. 

 

Image
 

Bagi mereka yang sayangkan facebook, tak nak buang facebook, guna facebook untuk pelbagai perkara seperti chatting bersama kawan baik, amalkan perkara-perkara di bawah ini supaya keselamatan anda dijamin. Amal tau jangan tak amal..
 
 
  1. Bagi yang perempuan, jangan letak gambar yang boleh membuatkan nafsu lelaki naik. Contohnya gambar pakai singlet lah, baju ketat lah dan sebagainya. Dalam friendlist aku ada kenalan perempuan aku yang berpakaian begini. Tak cukup kain..
  2. Kalau boleh guna nama samaran tetapi kawan boleh kenal. 
  3. Jangan letak no telefon.
  4. Senang cerita, dalam facebook korang tu korang hanya letak nama jelah kalau boleh. Perkara yang peribadi JANGAN tulis.
     Satu lagi, bagi yang perempuan kalau boleh jangan letak gambar terlalu banyak. Letak 1 cukuplah sebagai profile picture. Diharapkan dengan cara-cara di atas ini dapat membantu korang supaya selamat apabila menggunakan laman sosial yang semakin membahayakan diri ini. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s