Posted on

ImageSelepas beberapa serangan yang dilancarkan oleh kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous. Kini kumpulan aktivis ini telah menggodam 2725 email kepunyaan kepada parti pimpinan Ehnada, termasuk Perdana Menteri Tunisia.Menurutnya lagi di dalam satu video yang dimuat naik ke Facebook page milik Anonymous, seorang penggodam yang memakai topeng yang merupakan ‘trademark’ kepada Anonymous berkata,’ semua email yang telah digodam itu merupakan tanda protes kepada kegagalan parti pimpinan Ehnada untuk membantu golongan yang menganggur dan golongan artis yang diserang oleh aktivist Islam Salafi di dalam perhimpunan baru-baru ini.

Menurut pengodam itu lagi, semua email yang digodam itu mengandungi nombor telefon, transaksi bank, dan invois yang dibayar semasa kempen pilihanraya Tunisia bagi Oktober yang lepas, di mana parti pimpinan Ehnada memenangi lebih 40% dari kerusi parlimen di Tunisia, dengan ini membolehkan partinya memimpin tapuk pemerintahan kerajaan Tunisia.

 

 

 

Salah satu email tersebut datang dari Perdana Menteri Hamid Jembali, seorang pegawai kanan dalam Ehnada, ke kedutaan Turki yang mengandungi kenyataan Menteri Luar Negeri Rafik Abdesslem’s CV.

 

 

 

Menurut Aktivis Anonymous tersebut,

 

“ Kepada kerajaan Tunisia, kami telah menyimpan sebahagian besar rahsia anda. Jika anda tidak mahu maklumat-maklumat ini disiarkan di Internet, kami memohon pihak anda bersungguh untuk menyelesaikan masalah berkaitan penapisan Internet dan menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Tunisia,”

 

 

 

Ianya mustahil untuk mengesahkan tentang ketulenan semua email yang telah digodam itu dan bila ianya di akses. Video tersebut di muat naik ke Facebook pada Sabtu yang lepas.

 

 

 

Pegawai-pegawai kerajaan enggan mengulas lebih lanjut tentang kejadian tersebut. Tetapi mereka berkata, kebanyakan email yang digodam itu adalah email-email yang lama.

 

 

 

Menurut jurucakap Jemali, Rida Kezdagli,” Kami semua bertungkus lumus untuk memastikan sama ada akaun email Hamid Jebali yang digodam merupakan email beliau sebelum atau selepas menjadi Perdana Menteri”, katanya kepada Reuters.

 

 

 

Ehnada, kumpulan Islamis yang sederhana telah mengalami tekanan dalam beberapa bulan ini daripada pihak sekular iaitu Salafis Islamis. Salafis Islamis telah mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di dalam beberapa bulan ini, menuntut perlaksanaan hukum-hukum Syariah atau undang-undang Islam. Di dalam protes terakhir kumpulan tersebut, mereka telah menyerang teater kebangsaan di Tunis, mengoyakkan beberapa poster dan beberapa artis cedera ringan.

 

 

 

Parti pimpinan Ehnada juga menghadapi tekanan dari banyak pihak tentang kemampuan mereka untuk memulihkan taraf ekonomi di Tunisia.

 

 

 

Sumber diperoleh sepenuhnya dari Klik Sini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s